Program Mentor Otai (2018) TV3 - Kepala Bergetar

Info Drama Terkini, Info Rancangan TV Terkini, Tonton Drama Setiap Hari, Update Drama Melayu Terbaharu

Monday, 30 April 2018

Program Mentor Otai (2018) TV3

Mentor Otai (2018)

Tajuk: Mentor Otai (2018)
Channel: TV3
Mula Tayangan: 18 Mac 2018
Masa: [Setiap Ahad, 9.00 mlm]
Jumlah Episod: 7

Info: Program pertandingan nyanyian, Mentor Otai bakal menampilkan artis terkenal iaitu Misha Omar, Tam Spider, Siti Sarah, dan Zarul Husin sebagai mentor kepada lapan orang protege yang akan dipilih pada konsert pengenalan yang akan berlangsung pada Ahad ini, 18 Mac pukul 9 malam. Setiap mentor akan memilih dua protege setiap seorang untuk bertanding dalam program realiti berkenaan yang bakal berlangsung selama tujuh minggu.

Kesemua protege yang terpilih akan membuat persembahan pada setiap minggu dan akan diadili oleh juri tetap yang akan memberikan markah sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan markah, manakala 20 peratus markah daripada juri awam, dan 30 peratus undi adalah berdasarkan undian atas talian melalui portal www.xtra.com.my/mentorotai. Mentor Otai kali ini menampilkan Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap. Tugas selaku pengarah muzik pula dipegang oleh Faizal Uzir atau Lok U.

Saksikan Mentor Otai yang akan dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Dihoskan oleh Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein. Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, tempat kedua RM50,000 manakala tempat ketiga RM20,000.

Senarai Peserta Mentor Otai (2018)

MENTOR : Misha Omar
1. Elvira
2. Wan Azran
3. Bob

MENTOR : Tam
1. Kamarul
2. Irwan
3. Izwan

MENTOR : Siti Sarah
1. Sairi
2. Alina
3. Zanie

MENTOR : Zarul Husin
1. Aznie
2. Lokman
3. Fakhiz

Tonton Mentor Otai (2018)

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6

Download Mentor Otai (2018)

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6

No comments:

Post a Comment

Drama

Telefilem

Program TV